Ahad, 11 September 2011

Perubahan





Alhamdulillah syukur kepada-Nya, diberi kesempatan masa untuk menulis di dalam blog ini. Setiap apa yang bakal diterbitkan di dalam blog 'Ku ingin ubah' hanyalah sekadar luahan pendapat saya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

'Perubahan' bukanlah suatu perkataan yang disukai oleh semua orang. Sejarah telah membuktikan jatuh atau bangunnya suatu tamadun bermula dari sekecil-kecil perubahan. Dalam era kita, ramai yang suka mengambil contoh Renaissance Perancis sebagai pencetus gerakan melakukan kelainan total dalam suatu masyarakat. Sangat bodoh untuk menidakkan kejayaan revolusi ini kerana hakikat telah berada di hadapan mata, di mana Perancis muncul salah satu kuasa berpengaruh di bumi ini.

Perubahan bermula dari individu. Memilih untuk mengekalkan apa yang sedia ada atau memilih untuk memulakan suatu benda baru. Bergantung kepada situasi, kedua-duanya boleh membawa keuntungan atau kerugian. Ibarat pepatah Perancis, 'le mieux est l'ennemi du bien' yang bermaksud 'yang kita fikir terbaik adalah musuh apa yang sedia ada elok, biasanya hanya akan membawa lebih banyak kerugian'. 


Islam membawa kepada kebaikan. Berani untuk kembali beriman kepada Allah swt adalah anugerah yang paling besar. Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita tidak mampu menafikan bagaimana islam berjaya mengangkat nama bangsa arab. Daripada masyarakat yang kuat berjudi, meminum arak menjadi tempat lahirnya cendekiawan. Itulah perubahan yang kita semua impikan. 

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu
bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .”  (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)